Modul HRDCORP
AKTA KERJA 1955, PERATURAN- PERATURAN DAN PERINTAH
Semua majikan perlu mendalami Akta Kerja 1955, Peraturan-Peraturan dan Perintah. Ianya adalah merupakan asas utama dan satu kewajipan di dalam menguruk pekerja di dalam sesebuah syarikat. Kegagalan di dalam mematuhi akta ini akan menyebabkan sesebuah syarikat itu di denda dengan jumlah yang besar.
Bagi mereka yang bekerja di Jabatan Sumber Manusia, mereka juga perlu bijak mengimplementasi Akta ini di dalam pengurusan sumber manusia yang berkesan dan efektif. Kursus 2 hari ini bukan sahaja menerangkan apa yang terdapat di dalam Akta, tetapi juga bagaimana ianya boleh di implementasi di dalam Pengurusan Sumber Manusia.
PENGURUSAN PEKERJA PERCUBAAN (PROBATIONER) & PRESTASI PEKERJA (PELAN PENINGKATAN PRESTASI- PIP
Rasional untuk menghadiri ini adalah kerana ia memberikan manfaat yang signifikan kepada organisasi dan pengurusan pekerja. Pertama, kursus ini membolehkan pengurus atau penyelia mengasah kemahiran mereka dalam mengurus pekerja percubaan dengan lebih berkesan. Mereka akan memahami proses pengurusan, pemantauan, dan penilaian yang lebih baik untuk membantu pekerja baru beradaptasi dengan peranan dan tugas mereka dengan lebih lancar.
Selain itu, kursus ini juga memastikan pengurusan yang lebih cekap bagi pekerja yang prestasinya tidak memuaskan. Ini dapat mengurangkan potensi pembaziran sumber dan meningkatkan produktiviti keseluruhan dalam organisasi. Melalui kursus ini, pengurus akan mempelajari kaedah pemantauan prestasi yang berkesan, memberikan maklum balas yang konstruktif, dan merancang pelan peningkatan prestasi.
Kesimpulannya, kursus ini adalah langkah proaktif yang akan membantu organisasi meningkatkan prestasi keseluruhan pekerja dan mengurangkan masalahyang berkaitan dengan pekerja percubaan dan prestasi yang tidak memuaskan. Pada masa yang sama, kursus ini akan dapat mengurangkan risiko tindakan undang-undang oleh pekerja apabila pengurusan pekerja percubaan dan pekerja yang berprestasi tidak memuaskan dibuat dengan baik serta berkesan

KURSUS HR MANAGEMENT FOR NON HR EXECUTIVE
Semua Pengurus adalah Pengurus Sumber Manusia. Ini adalah konsep yang digunapakai oleh hampir semua organisasi di dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan mereka. Ini adalah kerana warga kerja perlu melaporkan hasil kerja mereka kepada pengurus ataupun penyelia mereka setiap hari. Maka dengan itu semua pengurus atau penyelia perlu melengkapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka di dalam pengurusan sumber manusia.
Apabila sesebuah organisasi mengambil seseorang pekerja, maka terbentuklah kontrak-kontrak yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak. Bagi pihak organisasi, ketua-ketua perlu mematuhi dan memantau setiap warga kerja untuk perlaksaaan yang berkesan terhadap kontrak-kontrak yang telah di buat. Pada masa yang sama, matlamat pengurusan sumber manusia adalah untuk mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan harmoni. Maka dengan itu ketua-ketua juga adalah perlu memahami matlamat ini dan bersama-sama tanggungjawab yang besar ini
KONTRAK PERKHIDMATAN & PENGIRAAN PENGIRAAN UTAMA DI DALAM AKTA KERJA 1955
Apabila sesebuah Syarikat mengambil pekerja, mereka perlu mengetahui tentang bagaimana mengurus Kontak Perkhidmatan di antara Majikan dan Pekerja. Apakah perkara-perkara penting yang perlu ada di dalam Kontrak Pekerjaan atau Surat Tawaran Kerja? Pada masa yang sama Majikan perlu mengetahui apakah jenis-jenis pemecahan kontrak atau penamatan perkhidmatan yang ada di dalam Akta Kerja 1955.
Pembayaran gaji yang betul juga perlu diketahui oleh majikan termasuklah semua pengiraan-pengiraan yang penting yang terdapat di dalam Akta Kerja 1955. Kegagalan membuat pengiraan yang tepat akan mendedahkan Syarikat kepada tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa

MENGURUS DAN MENDISIPLINKAN WARGA KERRJA MENGIKUT UNDANG-UNDANG TERKINI
Mengurus dan mendisiplin warga kerja adalah sesuatu yang penting di dalam sesebuah organisasi. Ianya hendaklah dilakukan dengan betul dan sempurna mengikut undang-undang. Ini adalah kerana, warga kerja yang mempunyai disiplin yang tinggi adalah rahsia kejayaan sesebuah organisasi.
Oleh yang demikian, warga kerja yang bermasalah perlu diambil tindakan dengan cara-cara yang ditetapkan oleh undang-undang. Kursus 1 Hari ini memberi penekanan kepada isu-isu utama di dalam disiplin di etmpat kerja disamping memberi penekanan kepada pindaan-pindaan terkini di dalam Akta Kerja 1955
KURSUS PROSEDUR PEMBUANGAN PEKERJA YANG BERKESAN
Kebanyakan majikan menganggap prosedur pembuangan pekerja adalah terlalu sukar dan rumit atas alasan undang-undang perburuhan sedia ada tidak menerangkan secara terperinci mengenai prosedur yang perlu dipatuhi. Sebagai contoh, peruntukan di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 menetapkan bahawa majikan perlu mempunyai sebab dan alasan yang munasabah sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja.
Akibatnya keputusan pembuangan pekerja yang diambil oleh pihak majikan terdedah untuk dicabar oleh pihak pekerja di mahkamah. Sehubungan dengan itu, kursus ini bertujuan untuk mendedahkan peserta-peserta mengenai prosedur yang perlu dipatuhi oleh pihak majikan sebelum boleh mengambil tindakan pembuangan pekerja berdasarkan peruntukan undang-undang dan kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah.

ASAS KEWANGAN DAN PENGENALAN E-INVOICING DI MALAYSIA
Kursus ini direka bagi peserta memahami kepentingan dan kaedah dalam melaksanakan e invois di Malaysia. Di samping itu, ini adalah bagi menjayakan Rancangan Malaysia ke 12 iaitu menumpukan kepada memperkukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pentadbiran cukai di Malaysia.
SELLING SKILLS WITH NLP (ONLINE & OFFLINE)
Kursus ini memberi pendedahan dan latihan praktikal tentang kemahiran jualan berkesan menggunakan pendekatan Neuro-Linguistic Programming (NLP) untuk situasi jualan secara online dan offline. Peserta akan mempelajari cara memahami psikologi pelanggan, membina rapport dengan cepat, berkomunikasi secara persuasif, serta mempengaruhi keputusan pembelian secara beretika.
Kursus ini membantu peserta meningkatkan keyakinan, teknik closing, dan kadar penukaran jualan melalui strategi komunikasi yang lebih tersusun dan berkesan.

EXPEND BUSINESS ON TIKTOK SHOP
Kursus ini direka untuk membantu usahawan dan peniaga memanfaatkan TikTok Shop sebagai saluran jualan yang berkesan bagi mengembangkan perniagaan. Peserta akan didedahkan kepada strategi membuka dan mengurus TikTok Shop, teknik menghasilkan kandungan video yang menarik, penggunaan live selling, pengurusan produk serta strategi pemasaran bagi meningkatkan trafik dan jualan.
Kursus ini menekankan pendekatan praktikal supaya peserta mampu membina jenama, meningkatkan kepercayaan pelanggan, dan melonjakkan jualan melalui ekosistem TikTok Shop secara sistematik.
PRATICAL GUIDE: OPTIMIZING CHATGPT IN YOUR DIGITAL COMMUNICATION
Program ini direka khas untuk membantu para peserta memahami prinsip asas penggunaan ChatGPT serta melangkah lebih jauh dengan penguasaan teknik lanjutan seperti promptcrafting dan penggunaan ciri-ciri tambahan dalam ChatGPT Plus.
Dalam kursus ini, peserta akan diperkenalkan kepada prinsip asas prompting dan teknik promptcrafting yang penting bagi mendapatkan hasil yang diingini dalam komunikasi bersama ChatGPT. Selain itu, peserta juga akan didedahkan kepada ciri-ciri tambahan yang terdapat dalam ChatGPT Plus, yang mampu meningkatkan keupayaan serta keberkesanan penggunaan alat ini.

GOOGLE LEADERSHIP
Program ini direka khas untuk membantu para peserta memahami prinsip asas kepimpinan berimpak tinggi berasaskan pendekatan Google Leadership, serta menguasai amalan kepimpinan moden yang berfokuskan prestasi, kolaborasi dan inovasi.
Dalam kursus ini, peserta akan diperkenalkan kepada konsep teras Google Leadership seperti kepimpinan berasaskan data, komunikasi terbuka, pembinaan pasukan berprestasi tinggi, budaya maklum balas (feedback culture) dan keupayaan membuat keputusan yang efektif. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik lanjutan kepimpinan yang diaplikasikan oleh organisasi bertaraf global untuk meningkatkan penglibatan pasukan dan pencapaian organisasi.
Jom Bina Tempat Kerja Lebih Bahagia
Penyelesaian yang disesuaikan mengikut budaya kerja dan keperluan syarikat anda.